Tuesday, June 14, 2011

Berfikir & Bertanya


Internal Medicine : CHEST


Kelas bagi subjek “Chest” sudah bermula selama 2 hari. Menarik. Cabaran mempelajarinya masih belum terasa kerana masih di awal pembelajaran lagi. Tetapi lain pula ceritanya dengan subjek Neurology ^^..

Hari pertama, kami diajar doktor tentang  “Anatomy & Physiology of Respiratory System”. 

 “ At the level of T4/T5, trachea will bifurcate into Rt. & Lt. main bronchus. Rt. Main bronchus is wider,shorter, and more vertical in direction than Left. Meanwhile,Lt. main bronchus is smaller in caliber but longer than the right. I’ll tell you later why there is anatomical difference between right & left”.

Buku rujukan "Kumar & Clark" versi Dura ^^


“Everything in life must have its own reason. Nothing will occur without any reason.So you must know why the left side is longer & smaller in caliber than the right side”.



Kata-kata itu mengingatkan saya  kepada pengalaman “attachment” selama 2 minggu di HTAN.

Buku catatan semasa attachment..hanya mencatat sahaja sebab belum belajar lagi :)


Disebabkan saya masih belum belajar cara untuk “Diagnosis” & “Management” untuk setiap kes (kerana baru sahaja selesai tahun 4),maka saya diarahkan oleh Ketua Jabatan Perubatan HTAN untuk mengikuti “Ward Round” sahaja. Saya dihantar ke wad 4(wad pesakit lelaki).

“Halim,now teach Azura how to do PD (peritoneal dialysis)”, arah doktor pakar merangkap Ketua Jabatan Perubatan HTAN kepada Dr. Halim semasa “ward round” bersama doktor pakar.

Dr. Azura merupakan H/O yang baru sahaja ditempatkan di Jabatan Perubatan manakala Dr. Halim pula merupakan H/O yang telah berada selama 2 bulan di jabatan tersebut. Dr. Azura ditugaskan untuk melakukan PD kepada seorang pak cik.

“First, PD catheter will be inserted here,below the umbilicus”, Dr. Halim memulakan bicaranya.

PD catheter

“ Be more specific.Which region below the umbilicus?” Tanya doktor pakar tersebut kepada Dr. Halim.

“About 2 finger below the umbilicus”.

“ Ok,please be more specific, the catheter will be inserted about 2 cm below umbilicus. Now, I want to ask you,why we can’t insert it at the other part.Why must at this site?” doktor mulakan pertanyaannya kepada semua H/O di wad itu.

Schematic illustration indicating the manner in which the catheter-insertion site and deep cuff location are selected, to achieve the proper pelvic position of the curled catheter tip (with permission from Crabtree, 2006 [10]).

Dr. Halim menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu. Begitu juga dengan H/O yang ada pada ketika itu juga. Saya sendiri pun tidak menjangka akan soalan ini. 

“Try  to think the anatomy of this region”,doktor pakar itu terus menuturkan kalamnya kepada kami.
H/O di situ juga sempat memandang saya ibarat meminta jawapan memandangkan saya seorang sahaja yang  masih belajar lagi. Pasti masih ada memori tentang subjek itu. Serba salah saya ketika itu.Tidak mampu menjawab soalan tersebut. Otak ini dikerah juga untuk mengingati subjek anatomy bagi topik “Abdomen & Pelvis” yang telah dipelajari semasa di tahun 1 dahulu. Huu,malangnya, informasi berkaitan subjek itu ibarat sudah terpadam dalam memori saya. Rasa geram & malu pada diri sendiri. Huhu ^^

“Halim,when you learn about this, you didn't ask why?”.

Dr. Halim menggelangkan kepalanya tanda dia tidak pernah bertanya tentang hal tersebut. 

“ In medicine, you should ask why for everythings. You can’t only learn it without you don’t know the reason for each thing”, nasihat doktor pakar tersebut kepada kami semua.

Saya terkenang kembali cara saya belajar. Saya adalah seorang pelajar yang hanya suka menerima sahaja maklumat yang diperoleh di kuliah tanpa berfikir dan menyelidik sebab-sebab di sebalik ilmu tersebut.

Contohnya seperti kes tadi, jika saya adalah doktor Halim, tidak terlintas langsung di fikiran saya untuk bertanya mengapa dan kenapa bagi setiap teknik dalam PD. Barangkali, saya hanya menerima dan mempraktikkan sahaja ilmu tersebut. Itulah kesilapan saya semasa belajar perubatan. InsyaAllah, masa yang berbaki ini cuba digunakan sebaik mungkin untuk memperbaiki kesilapan tersebut.

Saya kagum dengan rakan-rakan sekuliah saya yang sering bertanya “reason” di sebalik ilmu perubatan yang disampaikan doktor.Walaupun soalannya tidaklah hebat,tapi jawapan yang diberikan doktor menyebabkan kami lebih mengetahui dan memahami ilmu tersebut.

Antara contoh lain adalah semasa sesi pertama klinikal bagi subjek “Chest”. 

“3 grade for hemoptysis(coughing of blood) which are mild,moderate and massive. For massive hemoptysis, the patient must be referred to ICU. We’ll consider the patient has massive hemoptysis when the amount of it is above 150cc of fresh blood at once. Why 150 cc?” doktor bertanya kepada ahli-ahli kumpulan saya semasa sesi klinikal. Sekali lagi,saya juga tidak terfikir untuk bartanya mengapa mesti 150cc?? Namun,soalan yang dilontarkan oleh doktor menyebabkan sel-sel otak ini untuk terus bekerja mencari jawapan.

Inilah  kesilapan saya semasa menuntut ilmu sains kesihatan. Saya hanya menerima input sahaja daripada doktor tanpa melatih otak ini untuk berfikir sebab-sebab di sebalik perkara tersebut. Jika saya tidak tahu sebab-sebabnya, soalan boleh terus diajukan kepada doktor ketika itu juga. Maka, cara sebelum ini mesti diubah. Saya mesti memaksimumkan kapasiti penggunaan sel-sel di otak ini.. 

Maka, apa lagi. Jom bermain perkataan “How,Why,When,What & Where” dengan doktor-doktor kita selepas ini.Tapi,biar dengan niat untuk mencari ilmu dan menambah pengetahuan…

Buat diri dan sahabat-sahabat sekalian, asahlah diri untuk sentiasa berfikir hikmah-hikmah di sebalik ciptaanNya agar diri ini sentiasa dekat denganNya..


N/B :

1) Adakah anda terfikir jawapan kepada 3 persoalan di atas? Jika sesiapa ada jawapannya,jom kongsi di sini.. ^^
 
3) Nama-nama yang dinyatakan dalam post ini ialah bukan nama sebenar tetapi peristiwa yang berlaku itu adalah benar.

Oleh :
Duratul'ain Bt Mohamad Nazri
Tahun 5,Kuliah Perubatan,
Universiti Zagazig.
15 Jun 2011,0015

No comments:

Post a Comment