Assalammualaikum..
iAllah 18 minggu lagi akan bertambahlah warga Zagazig..jika mengikut ramalan doktor berdasarkan ultrasound
 saya pada minggu ke 15, iAllah Mujahidah yg bakal melihat dunia..itu 
hanya ramalan, ..dan  Allah itulah yang Maha Mengetahui..Alhamdulillah, 
kami tidak kisah pun sebenarnya sama ada lelaki atau perempuan..
Namun
 jauh di sudut hati saya, apabila dikhabarkan bahawa Mujahidahlah yg 
asyik menendang2 perut saya ini, sedikit sebanyak melahirkan kerisauan 
di hati saya..besar sungguh amanah 'anugerah' pertama ini..mampukah kami
 mendidik dia nanti..mungkinkah dia yang akan menjadi penyelamat kami di
 Akhirat nanti..mampukah dia menjaga kehormatannya justeru melindungi 
ayah dan saudara-saudara lelakinya nanti dari api neraka..
Hadith :
Daripada Aisyah r.a, dari Nabi S.A.W baginda telah bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka."(Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
ya, menjaga anak perempuan bukannya mudah..saya tahu, kerana saya 
juga perempuan..saya tahu kerana adik beradik saya, anak-anak saudara 
saya, kebanyakannya perempuan..kerana itu saya tahu..
semenjak 
saya sekolah menengah, setelah saya faham apa itu aurat, apa itu adab, 
dan apa itu fitnah, saya jadi takut.."ya, aku harus bijak bertindak, apa
 saja tindakan aku memberi pulangan saham kepada kedua ibuapa aku " 
hatta sehingga dipanggilnya ayah kita menghadap Ilahi, segala tindak 
tanduk kita akan memberi pulangan saham kepadanya..Alfatihah,semoga 
Allah merahmati ibubapa saya dan kalian juga..
dan saya ada satu rahsia..yang sekian lama saya simpan..hehe
sejak
 dari saya mula2 memahami apa itu aurat wanita,adab dan fitnah, setiap 
hari dalam garapan doa, saya minta ditemukan jodoh awal seandainya itu 
yang dapat memelihara saya..(^-^)..bukan gatal, tapi ada 
sebabnya..antara sebabnya..
seawal umur 2 tahun, saya telah 
menerima abang ipar dalam keluarga.. sehinggalah 5 dari 6 orang kakak 
saya berkahwin sebelum saya mencapai umur yang mewajibkan saya menutup 
aurat..saya membesar di hadapan mata abang-abang ipar saya..pada ketika 
itu, saya masih tidak bertudung di rumah, sekalipun ipar saya ada..saya 
bukan tak tahu yang saya perlu menutup aurat, tapi saya tidak tahu 
bagaimana harus bermula..dan sejak itu, doa itu saya tekankan lagi..:), 
moga saya ditemukan jodoh awal dan boleh beralasan suami yang suruh pkai
 tudung dalam rumah..
Namun, Alhamdulillah..kekuatan 
itu Allah campak dalam diri saya..saya mula bertudung dalam rumah..bukan
 tiada kakak2 yang bertanya apabila saya mula bertudung..anak buah saya 
yang seramai 15 orang itu sahaja pun sudah cukup membuatkan saya pening 
menjawab persoalan mereka..
"induk, induk nak pergi mana pakai tudung ni?"
"induk, kenapa pakai tudung dalam rumah"
"induk, induk tak panas ke" 
end of story..kesimpulannya bukan setakat ILMU sahaja yang penting, tapi KEFAHAMAN juga..
KEKUATAN dan KEMAHUAN juga..
*********************************************
baru-baru
 ini saya menggodek2 folder yang ada dalam laptop saya..terjumpa pula 
dengan gambar2 lama pada awal kedatangan kami ke bumi Mesir..saya 
tersenyum sendirian..cerita zaman dolu2 ni kalau diimbas kembali, memang
 tak cukup masa..ketika makan dengan sahabat2 pun, jika ada seseorang 
membuka kisah lama, pasti habis semua yang di talam ingin bercakap..ada 
saja nostalgia yanag menggamit rasa..dan Alhamdulillah bumi Anbiya' ini 
bnyak mengajar dan membentuk siapa kami-kami pada hari ini..terima kasih
 yang terhingga pada jiwa-jiwa Murabbi yang singgah memberi didikan dan 
tauladan kepada kami..:)
kami golongan pelajar 
perempuan pertama yang tercampak di bumi Zagazig ini...kami datang dari 
pelbagai background..ada yang bersekolah agama, sekolah biasa, asrama 
penuh, mrsm dan macam2 lagi..perangai pelik?? mestilah ada...semua ada 
perangai tersendiri..macam2 perkara pelik kami lakukan..bolehlah 
cuba-cuba korek rahsia dari ustaz2 dan pimpinan DPMZ zaman kami..hehe..
ada yang kerap berseluar jean..
ada yang suka keluar malam (bermusyriflah ye ini..)..
ada yang terlampau ramah dengan ikhwah.. 
macam2 lagi ada..
tapi,
 mengikut arus masa dan kefahaman yang diterapkan, kami mula sedar 
batas2 kami sebagai perempuan..MALU itu harus ada..ADAB itu harus 
dijaga..ADAT itu perlu dibetulkan apa yang biasa dan dibiasakan apa yang
 betul..melalui kesilapan, kami belajar..melalui teladan yang baik kami 
jadikan panduan..
 *******************************************
dulu,
 kami juga pernah menggunakan khidmat musyrif untuk makan malam di 
luar..biasanya untuk menyambut hari jadi sesama kami akhwat..adalah 
dalam 2-3 kali..kemudian satu hari, kami dietgur dan diingatkan..
"Akhawat
 x manis keluar malam..kenapa tak buat kat rumah je..kan senang..takpun 
buat hari siang..lagi senang"..gulp..ada kebenaran dalam kata2 itu..dan 
kami mula berhenti..tetapi, Alhamdulillah, majlis hari jadi masih  
kami sambut..makan2 dengan ahli bait masih boleh kami lakukan, walaupun 
pada hari siang..:) ia tetap enjoy..:)
pernah juga di 
kalangan kami yang telefon musyrif hanya semata-mata nak makan aiskrim 
malam-malam di Mahattah..sungguh, jika dikenang kembali dan terserempak 
dengan ustaz2 yang sama-sama berada pada zaman awal kedatangan kami 
dulu..malu betul..malu dengan perangai kami yang macam-macam itu..
tapi itu dulu..ketika
 kami masih lagi jahil..tidak sampai pun setahun, segala perangai pelik2
 itu berjaya diusir..kami diingatkan dan diberi tauladan ..kami 
dimarah,kami diperli,kami terima guraua sinis..Terima kasih untuk semua2
 yang pernah mendidik dan mengajar kami..
 dating ngan ahli bait..siang je pun ni..:) 
 
 
Ika, terharu dengan hadis ni..
ReplyDeletehadis yang smmgnya sangat dicintai. smg mampu dihadiahkan untuk mereka yg telah bersusah dlm mbesar dan mendewasakan kta..:' Allahumma Ameen.. Ya Allah jadikanlah kami anak2 soleh solehah...
Daripada Aisyah r.a, dari Nabi S.A.W baginda telah bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka."
(Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)