Bangun dari tidur…
Alhamdulillah,Allah masih hidupkan kita lagi di muka bumi ini…
“ Allah memegang nyawa (seseorang) pada saat kematiannya dan nyawa (seseorang ) yang belum mati ketika dia tidur, maka Dia tahan nyawa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan nyawa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sungguh pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran) Allah bagi kaum yang berfikir “ – Surah Az-Zumar : ayat 42
Refleksi kembali hari-hari dalam kehidupan…
Di awal harian kehidupan seorang individu Muslim adalah dengan menunaikan solat fardhu Subuh. Lebih indah lagi apabila “Qiamullail” dilaksanakan juga. Firman Allah dalam Surah Al-Muzammil ,ayat 6:
“ Sungguh, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa), dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan "
Jika dilihat semula,kitaran kehidupan kita,semua masyarakat Malaysia di Zagazig telah menunaikan rukun Islam kedua iaitu menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Namun,satu persoalan di sini,dalam kita menunaikan kefardhuan tersebut,mengapakah biah Solehah di bumi Zagazig kian pudar??
Biah solehah yang kian pudar di Zagazig bahagian 1 :-
AURAT
Allah menyuruh dalam Al-quran kepada seluruh wanita beragama Islam yang sudah baligh untuk menutup aurat (seluruh anggota badan adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan).
“ Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya,dan janganlah menampakkan perhisannya (auratnya) kecuali kepada…..(hingga akhir ayat) “ Surah An-Nur :ayat 31
Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – Wahai ‘AhlulBait’dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji). (al-Ahzab: 33)
Wahai kaum hawa,refleksi kembali diri kita.Sudahkah kita melaksanakan perintah ini?Jika belum,masih belum terlambat lagi.Jika “TIDAK TAHU”,tuntutlah daripada yang sudah “TAHU”.Jika sudah “TAHU”, “AMAL”kanlah apa yang anda “TAHU”.Kepada yang sudah “TAHU”,”AMAL”kanlah dan berilah “PERINGATAN” kepada sahabat-sahabat di sekliling kita.Kita dicipta tidak sempurna dan bukanlah ma’sum seperti Rasulullah s.a.w.Maka,mestilah kita menasihati antara satu sama lain.Jangan ditunggu sempurna baru mahu menasihati,tetapi,seiringkanlah kedua-duanya.
Kepada adik-adik,kakak-kakak & sahabat-sahabat di Zagazig sekalian,
Dahulunya saya sebelum datang ke Mesir,selalau mengambil ringan bab aurat ini dalam keadaan diri ini “TAHU” kewajipan menutup aurat terutama tentang pemakaian stokin. Namun, Alhamdulillah,keberadaan di Mesir dan dianugerahkan dengan kakak-kakak naqibah dan kawan-kawan yang banyak membantu dalam memperbetulkan diri ini.Mereka memahamkan saya dan kawan-kawan akan kewajipan dan kepentingan menutup aurat.
Jika ada sahabat-sahabat di sekeliling kita yang datang beri nasihat dan teguran untuk kita lebih memperelokkan lagi aurat kita, ucaplah “Alhamdulillah” kerana masih ada yang sayangkan kita.
Ingatlah,teguran dan nasihat itu bukanlah untuk mencari kesalahan,tapi ingin mengingatkan kita kembali kepada perintah Allah.Kewajipan menutup aurat itu bukanlah perintah manusia,tetapi ia adalah daripada Allah.Maka,WAJIB dilaksanakan.Jika kita merasakan teguran manusia itu keras,ingatlah bahawa azab dari Allah itu lebih keras dan amat memedihkan.
Selagi Allah kurniakan kehidupan,lakukanlah perubahan ke arah kebaikan. Destinasi akhir sebuah kehidupan adalah kematian.Ketika itu,keluarga dan sahabat handai tiada lagi bersama-sama kita untuk menjawab segala pertanyaan Malaikat Munkar & Nankir.Amalan di dunia sahaja menjadi bekalan jawapan buat kita.
Islam datang membawa “ KEMULIAAN “ kepada kaum wanita,janganlah kita selaku “MUSLIMAH” sendiri yang mencemarkan kemuliaan tersebut.
“ BERUBAHLAH “ walaupun perubahan itu adalah perkara yang paling susah.
Duratul'ain Bt Mohamad Nazri,
Nukilan hati buat seluruh ahli keluarga di Zagazig,
1017,17 Rabiul Akhir 1433 H, 9 Mac 2012.
No comments:
Post a Comment