Thursday, November 3, 2011

Pediatric, PSD & Aidil Adha 1432H

3 Nov 2011, 6.50 pagi waktu Mesir...

" Salam dura, hari ni exam sy yg last utk tahun 5,ni oral & tools paeds, doakan kejayaan bersama. Malam ni insyaAllah saya akan bertolak ke Malaysia.Doakan saya juga"

Sms yang ku terima daripada sahabatku Wani, penuntut tahun 5 Universiti Tanta.
Hari ini, tahun 5 Uni. Tanta telah melabuhkan tirai peperiksaan akhirnya.
Semoga peroleh kejayaan kepada sahabat-sahabat di Tanta..
Rindu kenangan bersama kalian...
Semoga dapat bersua lagi.

Kenangan Rumah Terbuka Aidilfitri 2007 :)

Di Tanta, mereka sudah selesai perjuangan mereka dalam Final exam. Di Zagazig,masih berbaki 3 paper bagi subjek Paediatric..

InsyaAllah,peperiksaannya bermula pada 12 November & berakhir pada 23 November 2011.

Semoga kejayaan & kecemerlangan mengiringi perjalanan kami merentas tahun 5 ini..

Semoga ilmu yang diperoleh tidak luput selepas tamat peperiksaan..

Doa mengelak dari lupa:

 اللَّهُمَّ زِدْنَا وَلَا تَنْقُصْنَا، وَأَكْرِمْنَا وَلا تُهِنَّا، وَأَعْطِنَا وَلَا تَحْرِمْنَا، وَآثِرْنَا وَلا تُؤْثِرْ عَلَيْنَا، وَأَرْضِنَ

 Maksudnya: “Ya Allah, tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan, muliakanlah kami jangan dihina, berilah buat kami jangan ditahannya, dan pilihlah kami jangan Engkau biarkan, dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami.” (Riwayat Ahmad no. 224) Doa ini dibaca oleh Nabi s.a.w. sebaik sahaja selesai menerima wahyu. Justeru, digalakkan membaca doa ini sebaik sahaja mendapat ilmu agar terus tersemat dalam minda & dijauhi penyakit lupa.

Pesan seorang sahabat :

" I hated every minute of training, but I said, don't quit. Suffer now & live the rest of your life as a champion"..by Muhammad Ali..

Walaupun info yang dibaca dari buku tidak meresap ke dalam fikiran, yang penting jangan mengalah & keep trying..

Buat kontinjen Zagazig yang terlibat dalam PERUBATAN Sport's Day :

Do the best, beat the rest. Kembalikan kegemilangan Zagazig semasa kami di tahun 2 dahulu. Kuantiti yang sedikit, & ketika itu bekerjasama dengan Tanta sebagai satu pasukan, Alhamdulillah, mampu menjadi juara. Rahsianya, kenalilah ahli pasukan kita sebaik-baiknya. Ikut perancangan ketua pasukan & bantu-membantu antara satu sama lain. Beri semangat antara satu sama lain. Jalinkanlah persaudaraan antara kita sebaik-baiknya.Semoga dikurniakan kemenangan kepada kontinjen Zagazig :)

Before match

After match :)

tanta + zagazig 

Last but not least...

Kullu 'am wa antum toyyibin...
Taqabbalallahhu minna wa minkum...
Hayatilah Sirah di sebalik Aidil Adha...
Jom ke program motivasi " Tadhiyyah" pada malam 5 november untuk menyelami kisah & pengajaran di sebalik Aidil Adha...










No comments:

Post a Comment