Tuesday, May 31, 2011

Doctor's Patient examination


Esok, 1 Julai 2011,adik-adik tahun 2 kuliah perubatan Universiti Zagazig bakal menghadapi peperiksaan bagi matapelajaran Physiology. Semasa melawati adik-adik SC saya di rumah,kebanyakannya sedang mengulangkaji.Melewati dari satu rumah ke rumah yang lain,kebanyakannya bertanya saya tentang persediaan untuk menghadapi peperiksaan Physiology memandangkan masa yang berbaki kurang daripada 24 jam.
Saya juga mengalami peresaan seperti mereka juga 3 tahun yang lalu sebelum bermulanya peperiksaan Physiology.


Tatkala di tahun 2,sudah merasai cabaran dalam bidang perubatan,bagaimanakah tahun-tahun seterusnya? Begitulah persoalan yang sentiasa timbul di fikiran saya. Firman Allah dalam surah Al-Insyirah,

“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan, Sesungguhnya,bersama kesulitan ada kesenangan, Maka apabila engkau telah selesai (dari suatu urusan) tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain), dan hanya kepada Tuhan-Mu lah engkau erharap” ( Ayat 5 – 8)
Apabila saya merasakan diri saya dalam kesempitan mahupun kesusahan,firman Allah inilah yang menjadi “booster” kepada saya untuk terus berusaha. 

Pesan mak saya juga,dalam apa jua bidang pun,cabaran pasti ada. Maka,bukan bidang perubatan sahaja yang menghadapi kesukaran seperti ini,saya pasti bidang-bidang yang lain juga ada cabarnnya yang tersendiri.
Namun,dalam kita diuji kesusahan,sebenarnya,ada insan yang diuji jauh lebih hebat lagi daripada kita.

Deletion of Chromosome Number 5


Hari ini,31 Mei 2011,doktor di Jabatan Pediatrik membuat "revision" khas untuk kami sempena peperiksaan yang bakal dihadapi pada 4,5 & 6 Jun nanti. Sesi klinikal kami pada hari ini adalah berkaitan tentang topik  “Cardiology” & “General”.

Kami dibawa oleh doktor ke wad “Cardiology”. Pesakit pertama yang dipersembahkan kepada kami adalah seorang kanak-kanak perempuan yang berusia sekitar 2 tahun.

“This patient has Deletion of Chromosome Number 5. She can’t sit yet although she’s 2 years.She has cleft palate. All of you try to auscultate her & palpate her spleen. During auscultation, you’ll listening to the ejection systolic murmur of  pulmonary stenosis. By palpation, she has splenomegaly but the spleen enlarged toward left ileum”,doktor tersebut menerangkan kepada kami.

Some clinical manifestation  resukt from deletion of chromosome 5


Kebanyakan bayi,normalnya mampu untuk duduk tanpa sokongan apabila umur mereka mencecah 6 bulan.


Chromosome number 5


Ia merupakan kromosom yang terbesar antara 23 pasang kromosom dan mempunyai ketumpatan genetic (Gene density) yang paling rendah. Subhanallah,sungguh banyak penyakit yang terhasil daripada kecacatan kromosom nombor 5. 

Melihat kepada pesakit tersebut, diri sangat bersyukur kepada Allah atas nikmat kesihatan yang diberikan. Namun,setiap perkara yang berlaku, pasti ada hikmah di sebaliknya. Terpulang kepada kita sama ada mahu untuk mencari hikmah tersebut.


Deletion of Chromosome Number 5 vs Final Examination

Dalam musim peperiksaan ini,jika kita rasa tertekan,risau dan segala perasaan yang negatif, ingatlah nikmat kesihatan  mental dan fizikal yang Allah kurniakan dan membolehkan kita untuk meneruskan pengajian kita dalam perubatan. 

Walaupun masa depan itu adalah dalam kekuasaan Allah, nikmat kesihatan ini membolehkan kita untuk mengatur perancangan kita sepanjang kehidupan. Akan tetapi,pesakit tersebut, jalan  kehidupannya masih tidak tentu lagi. Tetapi,insyaAllah saya yakin,pengakhiran kehidupan kanak-kanak tersebut adalah baik.Dia pasti bergembira semasa di syurga nanti.

Walaubagaimanapun,ingatlah semakin banyak nikmat yang kita peroleh,semakin banyak soalan yang bakal diajukan kepada kita semasa di akhirat kelak.

Sabda Rasulullah,

“Tidak akan berganjak 2 kaki seorang hamba Allah (dari tempat hisab di padang Mahsyar) sebelum ditanya perkara berkenaan :

1. Umurnya (masa-,asa di sepanjang umurnya), bagaimana ia habiskan?
2. Ilmunya, bagaimana ia amalkan?
3. Hartanya, daripada mana ia peroleh dan bagaimana cara ia belanjakan?
4. Tubuh badannya,bagaimana ia gunakan? “

  (Hadis Riwayat Imam At-Tarmizi)

Jika risau untuk menghadapi peperiksaan, mohonlah kepada Allah kerana Allah sentiasa dekat dengan kita. Mohonlah kepadanya agar kita diberi kemudahan dalam pemahaman dan penghafalan semasa mengulangkaji dan setrusnya dikurniakan kelancaran untuk memberi jawapan semasa menduduki peperiksaan.

Al- Baqarah,ayat 186 :

“ Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku,maka (beritahu kepada mereka) : Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka), Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul”

Selamat menghadapi & meneruskan peperiksaan akhir tahun kepada :

Tahun 1: Biochemistry
Tahun 2 : Physiology
Tahun 3 : Pharmacology
Tahun 5 : Pediatric

Nukilan oleh :
Duratul'ain Bt Mohamad Nazri
Tahun 5 Kuliah Perubatan Uni. Zagazig
12.30 malam, 1 Jun 2011