Wednesday, May 18, 2011

EXPERIENCE IS THE BEST TEACHER


Selamat Hari Guru..
Saya memilih 16 Mei 2011 sebagai tarikh permulaan kepada saya untuk berkongsi sedikit pengetahuan berkaitan sains kesihatan dalam blog ini.

Bersempena dengan 16 Mei iaitu Hari Guru, maka post pertama saya dalam blog ini adalah tentang guru juga, tetapi guru ini adalah subjektif.

Pengalaman adalah guru terbaik..

Pengalaman,apakah yang ingin saya kongsikan kepada semua pembaca sekalian? Untuk menceritakan pengalaman hidup selama 23 tahun ini, tidak sesuai untuk dinukilkan di laman ini.

Selamat datang ke tahun klinikal.

Paediatric

Inilah pengalaman yang saya ingin kongsikan bersama. Alhamdulillah,kini sudah berada di tahun 5 kuliah perubatan Universiti Zagazig, tahun ini saya & sahabat-sahabat yang lain merasakan kami kini semakin hampir menjadi seorang doktor. 

Diri ini juga selalu tertanya-tanya semasa berada di tahun pra-klinikal.

Kenapa perlu saya belajar dengan lebih mendalam bagi setiap subjek?
Bila semua ilmu-ilmu ini akan digunakan?
Kenapa Mesir tidak mengamalkan Intergrated system?

Namun,setiap persoalan itu akhirnya saya jumpa semasa berada di tahun klinikal.Terutama semasa di tahun 5. Alhamdulillah,walaupun tidak mampu ingat semua ilmu-ilmu tersebut,baki kefahaman sepanjang pra-klinikal itu menjadi pemangkin kepada saya untuk memahami setiap butir ilmu yang disampaikan dalam kuliah teori & sesi klinikal.



Tentang conventional system & intergrated system,kedua-duanya ada kelebihan masing-masing. Kata seorang HO di tempat saya membuat “attachment” ketika musim cuti di Malaysia, kedua-dua sistem tersebut sebenarnya tidak memainkan peranan penting dalam “work performance” kita. 

Kata seorang doktor dari Malaysia (Dr. Amaluddin) semasa lawatannya ke Zagazig, dalam bidang perubatan, kamu perlukan 3 perkara.
1. Knowledge (Ilmu)
2. Skill (Kemahiran)
3. Attitude (Sikap)

Pada pemerhatian beliau lagi,di Mesir,pelajar-pelajar di sini sudah dilengkapkan “Knowledge” & “Attitude”,Cuma kekurangan “Skill” sahaja. “But “Skill” can be developed”, tambahnya lagi.

Selain itu,saya juga suka untuk berkongsi dengan anda kata-kata seorang Ketua Jabatan PERUBATAN di Hospital Tuanku Ampuan Najihah,Kuala Pilah, 

“80 % for successful diagnosis is from history taking. Setakat ini, HO lepasan Mesir masih bagus lagi dalam “History taking”. So, I assume you’ll not disappointed me”. 

“You” dalam dialog tersebut merujuk kepada saya yang sedang melakukan attachment. Gugup juga ketika itu. Semoga kita semua mampu menjadi HO graduan Mesir yang terbaik sepanjang kita berkhidmat. 

Melangkah ke alam tahun 5,kini saya dapat rasakan apa yang dikatakan oleh doktor-doktor tersebut adalah benar.Keazaman dipasak untuk menjadi yang terbaik.Bukan untuk kemegahan diri,tetapi adalah untuk Islam.

Jika masih ada yang ragu-ragu dengan sistem pembelajaran di sini, sedikit nukilan ini diharapkan dapat mengurangkan keraguan tersebut. Jangan biarkan diri anda melayan keraguan itu kerana ia akan melambatkan lagi proses untuk anda menghadamkan segala ilmu yang diperoleh di sini.Teruskan usaha untuk menjadi seorang pelajar & doktor perubatan yang terbaik. Jangan menyalahkan sistem pembelajaran di sini,tapi lihatlah diri anda,adakah anda cukup baik untuk menyalahkan sistem di sini. Jika sistem yang disalahkan, bagaimana Mesir mampu melahirkan doktor-doktor yang hebat ?

Teruskan berusaha untuk mencapai “BEST MARKS” & “BEST PRACTICE” sepanjang kita menjadi penuntut ilmu di kuliah perubatan.



Dinukilkan oleh :
DURATUL’AIN BT MOHAMAD NAZRI
TAHUN 5 KULIAH PERUBATAN UNI. ZAGAZIG
11.45 MALAM, 16 MEI 2011

No comments:

Post a Comment