antara buku yang sempat saya curi-curi baca sepanjang fatrah imtihan yang lalu..
Bismillahirrahmanirrahim..
ini pertama kali saya mencemar duli di medicoservant..lama sudah ingin menyampaikan sesuatu, tapi nyata medicoservant memilih penulis..kali ini baru saya terpilih..:)
Alhamdulillah perang kami selama 2 bulan dalam final exam sudah pun tamat..Moga semuanya najah..dan bermula esok, seorang demi seorang classmate saya bakal meninggalkan bumi Mesir untuk menghabiskan cuti selama lebih kurang sebulan setengah di Malaysia..dan InsyaAllah sekembalinya kami ke bumi Mesir nanti, 5 orang dari kami akan hilang status 'bujang'..termasuklah saya..(^_^)
dan saya masih lagi cuba memanfaatkan zaman-zaman bujang saya..persediaan mental,fizikal dan spiritual harus disulam dengan penuh cermat sebelum kunci syurga saya yang selama ini dipegang mak diserahkan kepada insan bergelar suami pula ..indahnya ISLAM pada setiap perkara..
buku ini juga berjaya saya habiskan dalam kesibukan membaca buku Internal Medicine..:)
n di sebelah itu, nota skin n venerology..
kebelakangan ini, pelbagai persoalan menerjah hari-hari saya..terutamanya persoalan mengenai urusan perkahwinan saya.. usikan-usikan yang selama ini saya tepis dengan hanya berdiam, kini saya layan..biar menambah rasa cemburu di hati mereka, sengaja ingin menjentik hati mereka untuk segera menyahut seruan yang satu ini..'Perkahwinan itu kan satu ibadah'..n di sebelah itu, nota skin n venerology..
Ramai yang cuba 'mengorek' cerita kami..I'Allah sampai waktunya nanti akan saya kongsikan bersama..cukup setakat ini menjadi rahsia kami berdua..Tiada apa yang istimewa tapi cukup memberi makna..(^-^)..Kepada yang sudah tahu, masih bnyak cerita disebalik itu sebenarnya..sungguh, aturan Allah itu sungguh indah........tak ternilai di hati kami selaku hambaNya..
******************************************************************
Realitinya hari ini lebih ramai mengejar sesuatu yang tidak pasti.. terlebih mengejar cinta manusia tanpa menyedari, cinta buat Allah itu yang perlu kita hadam dan perhalusi ..
"Wahai pemuda,sesiapa yang mampu berkahwin maka berkahwinlah. Sesungguhnya ia lebh menjaga pandangan mata dan kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana ia adalah perisa baginya." H.R al-Bukhari
CINTA DAN SAYANG ITU FITRAH
Dari sekecil hingusan hingga ke yang sudah berterabur giginya, semua tahu apa itu cinta, apa itu sayang. Tidak selayaknya kita selaku hamba menafikan 'special sense' yang telah Allah kurniakan pada kita. Tapi selayaknya kita selaku hamba tahu bagaimana dan ke mana harus disalurkan cinta dan sayang itu.
sudah sempurnakah kita membalas cinta Allah..
sudah terpautkah hati kita mencintai Rasulullah..
sudah terbalaskah cinta dan kasih sayang kita buat kedua Ibubapa kita..
sudah sempurnakah kita membalas cinta Allah..
sudah terpautkah hati kita mencintai Rasulullah..
sudah terbalaskah cinta dan kasih sayang kita buat kedua Ibubapa kita..
Indah Islam bukan sahaja pada namanya..
tapi indah mencakupi segala lapangan..
KITA NORMAL
sexual development n maturity menjadikan salah satu sebab mengapa dikatakan cinta dan sayang itu normal..Estrogen dan Testosterone itu sahaja cukup memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia..perkembangan-perkembangan hormon dalam badan kita baik lelaki mahupun perempuan menjadikan usia remaja kita penuh complex..
Anda normal..Begitu juga saya..Kita bukan Malaikat.
Sexual development n maturity itu datang dari Allah, jadi mengapa harus kita melanggar syariat Allah yang lain dalam meraih cinta manusia..
Nantikan sahaja ketetapan darinya,tidak perlu terburu-buru sehingga melanggar syariatNya.
Bukan saya katakan tidak perlu mencari.
Carilah .Silakan.
Bataskan dengan syariat dan pastikan terlebih dahulu cinta Allah, Rasul dan Ibubapa itu telah kita raih terlebih dahulu.
Jangan risau, kerana semunya sudah tertulis di Luh Mahfuz..
Jodoh itu rahsia Allah..
Dan bila tiba masanya, akan datanglah ia..Pilihan terbaik dari Allah..
just follow the flow..
Perfect time, Perfect place, Perfect person....
Allah tahu setiap apa di dalam hati hamba-hambaNya.
Dan aturanNya sungguh indah..
Sungguh.........INDAH.. (^-^)
***********************************************************************Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)
tak perlu disenaraikan ciri lelaki yang mahu kita jadikan teman hidup..
senaraikan dahulu apa yang masih kurang pada diri kita untuk menjadi seorang Isteri dan Ibu..
Jangan didamba Isteri solehah, selagi kita belum berusaha habis baik untuk menjadi si Soleh..
******************************************************************
"Rahsiakan pertunangan, dan iklankan (maklumkan) perkahwinan." (Hadis riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair
yup..saya sudah bertunang..
Secara syariat sudah, secara adat pun sudah..(^-^)
ini buktinya..
Tapi ketika itu, kami berdua masih di sini..ketika masih lagi berperang dengan urusan kuliah di sini..terima kepada kedua belah keluarga yang mempermudah dan menguruskan urusan kami selama ini..
Dan ini jemputan ke majlis pernikahan kami..
********************************************************************
Kisah pertemuan Yusuf dan Zulaikha tercatat di bumi Zagazig..sebab itu dikatakan mengapa orang-orang arab di Zagazig cantik-cantik.
dan saya..
akan mengulangi kisah cinta Zulaikha ini di bumi Zagazig..
Lain ,versinya sungguh lain..tetapi punya cerita yang tersendiri..
Robbuna yusahhil..
oh ya, kisah kami diperhalusi oleh Unit Bait Muslim.
penuh hikmah dia menghampirti saya untuk dijadikan suri hidupnya..(^_^) dan saya rasa dihormati..
dan perkenalan kami cukup adventure serta punya cerita penuh kejutan..I'Allah akan saya kongsikan nanti..:)
Ingat sahabat-sahabat..
Dahulukan cinta Ilahi..
Cinta manusia itu datang dariNya juga..
bila-bila masa Dia boleh memberi dan menarikNya kembali..
to be continued...
i'Allah selepas selesai majlis akad nikah kami nanti..
p/s : Revolusi Mesir menggamit memori..(^-^)..Moga urusan kalian dipermudahkan juga..Jom serang Bait Muslim~!
****WELCOMING 6TH YEAR****
~ieka~
Bait Darul Itqan Salam Sadnawi
23 Nov 2011 / 7.30 p.m
Bait Darul Itqan Salam Sadnawi
23 Nov 2011 / 7.30 p.m