Saturday, March 10, 2012

Biah Solehah di Zagazig yang kian pudar : Bahagian 1




 Bangun dari tidur…

Alhamdulillah,Allah masih hidupkan kita lagi di muka bumi ini…

“ Allah memegang nyawa (seseorang) pada saat kematiannya dan nyawa (seseorang ) yang belum mati ketika dia tidur, maka Dia tahan nyawa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan nyawa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sungguh pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran) Allah bagi kaum yang berfikir “ – Surah Az-Zumar : ayat 42

Refleksi kembali hari-hari dalam kehidupan…

Di awal harian kehidupan seorang individu Muslim adalah dengan menunaikan solat fardhu Subuh. Lebih indah lagi apabila “Qiamullail” dilaksanakan juga. Firman Allah dalam Surah Al-Muzammil ,ayat 6:

“ Sungguh, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa), dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan "

Jika dilihat semula,kitaran kehidupan kita,semua masyarakat Malaysia di Zagazig telah menunaikan rukun Islam kedua iaitu menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Namun,satu persoalan di sini,dalam kita menunaikan  kefardhuan tersebut,mengapakah biah Solehah  di bumi Zagazig kian pudar??

Biah solehah yang kian pudar di Zagazig bahagian 1 :-

AURAT

 Allah menyuruh dalam Al-quran kepada seluruh wanita beragama Islam yang sudah baligh untuk menutup aurat (seluruh anggota badan adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan).

“ Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya,dan janganlah menampakkan perhisannya (auratnya) kecuali kepada…..(hingga akhir ayat) “ Surah An-Nur :ayat 31 

Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – Wahai ‘AhlulBait’dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji). (al-Ahzab: 33)

Wahai kaum hawa,refleksi kembali diri kita.Sudahkah kita melaksanakan perintah ini?Jika belum,masih belum terlambat lagi.Jika “TIDAK TAHU”,tuntutlah daripada yang sudah “TAHU”.Jika sudah “TAHU”, “AMAL”kanlah apa yang anda “TAHU”.Kepada yang sudah “TAHU”,”AMAL”kanlah dan berilah “PERINGATAN” kepada sahabat-sahabat di sekliling kita.Kita dicipta tidak sempurna dan bukanlah ma’sum seperti Rasulullah s.a.w.Maka,mestilah kita menasihati antara satu sama lain.Jangan ditunggu sempurna baru mahu menasihati,tetapi,seiringkanlah kedua-duanya.

Kepada adik-adik,kakak-kakak & sahabat-sahabat di Zagazig sekalian,

Dahulunya saya sebelum datang ke Mesir,selalau mengambil ringan bab aurat ini dalam keadaan diri ini “TAHU” kewajipan menutup aurat terutama tentang pemakaian stokin. Namun, Alhamdulillah,keberadaan di Mesir dan dianugerahkan dengan kakak-kakak naqibah  dan kawan-kawan yang banyak membantu dalam memperbetulkan diri ini.Mereka memahamkan saya  dan kawan-kawan akan kewajipan dan kepentingan menutup aurat.

Jika ada sahabat-sahabat di sekeliling kita yang datang beri nasihat dan teguran untuk kita lebih memperelokkan lagi aurat kita, ucaplah “Alhamdulillah” kerana masih ada yang sayangkan kita. 

Ingatlah,teguran dan nasihat itu bukanlah untuk mencari kesalahan,tapi ingin mengingatkan kita kembali kepada perintah Allah.Kewajipan menutup aurat itu bukanlah perintah manusia,tetapi ia adalah daripada Allah.Maka,WAJIB dilaksanakan.Jika kita merasakan teguran manusia itu keras,ingatlah bahawa azab dari Allah itu lebih keras dan amat memedihkan.

Selagi Allah kurniakan kehidupan,lakukanlah perubahan ke  arah kebaikan. Destinasi akhir sebuah kehidupan adalah kematian.Ketika itu,keluarga dan sahabat handai tiada lagi bersama-sama kita untuk menjawab segala pertanyaan Malaikat Munkar & Nankir.Amalan di dunia sahaja  menjadi bekalan jawapan buat kita.

Islam datang membawa “ KEMULIAAN “ kepada kaum wanita,janganlah kita selaku “MUSLIMAH” sendiri yang mencemarkan kemuliaan tersebut.

“ BERUBAHLAH “ walaupun perubahan itu adalah perkara yang paling susah.

Duratul'ain Bt Mohamad Nazri,
Nukilan hati buat seluruh ahli keluarga di Zagazig,
1017,17 Rabiul Akhir 1433 H, 9 Mac 2012.


Wednesday, February 15, 2012

Mahasiswa,Kampus dan Negara


Selepas melihat gambar ini,pasti terdetik dalam fikiran sebahagian besar daripada kita tentang kisah turun bendera,AUKU,pembebasan akademik dan lain-lain kalimah yang merujuk kepada kebangkitan mahasiswa.Mungkin ada yang tersenyum setelah dia dikenakan hukuman akibat tindakannya itu.Mungkin juga ada yang tidak terdetik sesuatu pun.Mungkin itu,mungkin ini.
Kisah Adam Adli dan rakan-rakannya (saya taknak bercerita,bole tanya cik Google) kini telah mewujudkan satu fenomena baru dalam ruang hidup masyarakat kampus.Namun sebenarnya kata ‘baru’ yang saya catatkan itu sebenarnya tidaklah baru mana.Hal ini kerana kebangkitan mahasiswa yang berlaku ini adalah simbolik kepada kelahiran semula roh-roh perjuangan mahasiswa pada zaman 60-70an dahulu.Saya membayangkan kebangkitan ini akan berterusan sehingga matlamatnya menjadi sempurna.

Saya tahu,ramai yang seperti saya.Berfikir-fikir mengapa mereka bersungguh-sungguh berjuang ke atas hak kebebasan mahasiswa?Adakah AUKU itu wajar dimansuhkan?Dan apa peranan kita sebagai mahasiswa dalam menghadapi isu seperti ini?

Kan lebih mudah jika kita fokus pada pelajaran dan membiarkan saja golongan ini terus berjuang di atas satu survival yang tidak kukuh itu? Owh…

Mahasiswa dikenali sebagai pelajar yang menuntut di universiti.Sudah tentu golongan yang belajar di universiti ini diharapkan lahir sebagai seorang yang berintelek dan mampu meletakkan diri samada dalam lapangan perubatan, ekonomi, agama, sosial, budaya dan lain-lain.Mahasiswa juga seharusnya mampu memberi respon pada  isu politik yang menjadi warna kehidupan.

Owh,politik.Ini sudah sensitif!

Jangan sensitif dulu. 

Politik berkait dengan isu negara,isu rakyat dan isu semasa.Jadi secara langsung mahasiswa juga adalah sebahagian daripada rakyat dalam sesuatu negara yang dihadapkan dengan berbagai isu semasa.Apabila dikenali sebagai golongan yang berpengetahuan kita harus tahu memberi respon kepada isu-isu ini walaupun dengan maklumat yang minimum.Once said “We have to know something about everything”.

Takkanlah ketika orang bercakap tentang kebangkitan mahasiswa,kita mahu ngaga saja?Betul juga.
Mahasiswa adalah agen penting dalam menentukan arah masa depan negara di semua medan.Mahasiswa tugasnya mengeluarkan pendapat.Lalu pendapat dan idealisme ini tidak harus dihalang.Jika salah diperbetulkan.Kita sedang melalui satu proses kesedaran.Kesedaran politik,kesedaran agama,kesedaran sosial,kesedaran budaya dan sebagainya.

Bagaimana jika kesedaran ini dihalang?Di mana tempat kita setelah tamat belajar kelak jika tak mampu membahaskan pelbagai isu?Dengan alasan ketika zaman universiti dahulu kami tidak dilatih untuk terlibat dengan hal-hal kenegaraan.Ini sesuatu yang malang dan amat merugikan.

Solusinya,sesuatu harus dilakukan.Sebagai mahasiswa kita bukan hanya memfokuskan hanya pada satu perkara sahaja.Juga bukan membiarkan diri hanyut dalam keseronokan dunia remaja.Jangan biarkan minda tumpul daya fikir dan tandus kemampuan berdikari.Di samping memperjuangkan kecemerlangan akademik,serahkan diri dalam lapangan perjuangan menegakkan kebenaran.Sertai persatuan dan belajar semaksima ilmu di dalamnya.

Ketika itu,kita sudah tentu nampak tempat kita di Malaysia kelak.

Bukan mengata,bukan menghukum tetapi cuba betuli diri ini jua~

Nukilan oleh :
 Husna johari
Salam Sadnawi,Zagazig
2200
12 Feb 2012

Sunday, January 15, 2012

Selamat berimtihan !!

Assalamualaikum sahabat-sahabat, salam imtihan!
Setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas rahmatnya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Rasullulah SAW.
Apa khabar imanmu hari ini?
Dah solat berjemaah?
Dah membaca al quran hari ini?
Insya Allah, saya yakin dan percaya sahabat-sahabat sudah melaksanakan semua kewajipan itu dengan sempurna. Sering kali kita lupa, akan segala nikmat, rahmat yang allah berikan kepada kita. Ditambahkan pula dengan situasi sekarang, musim imtihan. Tepuk dada tanyalah iman.

”Dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia (iaitu) kesihatan dan masa lapang”.

Seorang perokok yang dengan nikmatnya menghisap rokok, tidak akan  terasa betapa duitnya telah dihabiskan dengan sia-sia.Masih  juga terasa nikmat menghisap dan menghembus asap melalui lubang hidung yang luas sehinggalah diberitahu bahawa beliau menghidap kanser paru-paru. Masa tu, barulah terasa kehilangan nikmat kesihatan itu
Begitu juga dengan nikmat masa lapang. Jangan dekat-dekat nak hadapi imtihan baru menyesal, baru rasa rugi. Mana kan tidak, masa-masa sebelum ini hanya diisi dengan Facebook, chatting, games, bersembang sana sini.
Apabila kita menyedari akan nikmat-nikmat ini daripada awal, maka kita akan berusaha untuk mengekalkan nikmat itu tanpa melakukan perkara-perkara yang bakal menyebabkan nikmat itu ditarik oleh Allah.
Okey, tu hanya mukhadimah sekadar nak panaskan enjin yang dah lama berkarat ni~

Stay tune (^_^)                
                              
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

EXAM + EXAM + EXAM = SERABUT


Kenapa kena ambil exam ye?
Boleh ke belajar je tak yah ambil exam?
Ala, banyaknya kena hafal, kesian dekat otak aku ni!
Boleh tak tangguhkan exam, sebab saya belum bersedia!!
Soalan dan ucapan tu banyak kali saya terdengar meniti dibibir pelajar, termasuk saya! Tapi, kita pernah terfikir tak kalau camni
Kenapa kena mati ye?
Boleh ke hidup je tak yah mati?
Ala, banyaknya kemungkaran aku dah buat, kesian kat aku ni!
Boleh tak tangguhkan mati, sebab amalan saya belum cukup lagi la!


Pernah tak kita terfikir seperi itu? Kita sangat takut akan benda yang belum pasti, contohnya exam. Pernah tak kita terfikir bahawa dengan kuasa Allah itu, kemungkinan exam boleh dibatalkan atau mungkin ditangguhkan (waa..bahagianya)
TAPI…
Kita tak takut akan benda yang dah pasti-pasti akan terjadi pada kita, iaitu MATI. Bagaimana persediaan?
“Setiap yang bernyawa (berjiwa) pasti akan merasai mati.” [Ali ‘Imran, 185]
Jadi, dalam kesibukan menghadapi peperiksaan jangan lupa hubungan dengan ALLAH dan hubungan dengan MANUSIA kerana bila-bila masa pun kita boleh mati.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Adalah menjadi kebiasaan seorang manusia itu akan berhadapan dengan peperiksaan. Tak kisahlah sebagai seorang pelajar atau hamba Allah. Oleh itu, jangan takut untuk hadapinya. Persiapkan diri anda dengan segalanya, jasmani dan rohani
“Ala, korang bolehlah cakap, yang rasa tertekan ni kami!”
“Doktor pada zaman korang bagi soalan senang-senang. Sekarang ni dah tukar HOD soalan makin mencabar!”
TIDAK!!!
Semuanya sama. Malah saya dan kawan-kawan dah melalui semua tu, kami dah tahun 6, tahun akhir. Kalau kami dahulunya boleh lakukan yang terbaik, boleh survive tanpa abang kakak senior, boleh hidup dengan sistem yang dahulunya kurang teratur, kalau kami boleh kenapa adik-adik sekarang tak boleh? Kami dah pun meletakkan batu asas untuk adik-adik
Pandang sekeliling, lihat segalanya~
Ada senior yang tak pernah penat untuk mengajar
Ada senior yang sudi berkongsi pengalaman
Ada senior yang sentiasa memberi sokongan dan kata semangat
Ada senior yang sentiasa tersenyum untuk membantu




Gunakan kami! Kami suka membantu!


“There is no telling how many miles you will have to run while chasing a deam”

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Berdasarkan pengalaman saya, semasa menduduki exam final internal medicine yang betul-betul killer. Ketika sebelum hari peperiksaan banyak sangat benda yang mesti dihafal, diingat. Kadang rasa macam dah give up. Kalaulah buku itu boleh direbus, minum airnya terus ingat insya Allah saya akan buat!

 
Semasa mid term internal med pd 25 ogos 2011 :)








Ketika itu, saya terfikir. Ya allah macam mana ni, aku nak jadi doktor tapi kalau sekarang ni aku dah malas nak belajar, malas nak hafal. Kalau sekarang ni aku tidak lakukan yang terbaik, macam mana nanti akan datang. Tak kan nak bagi alasan dekat pesakit,
“Minta maaf lah, saya dulu malas study, saya tak ingat penyakit ini. Dah lupa!”
Dengan pesakit bolehlah nak ngelat, susun ayat menjawab, tapi bila nanti aku berhadapan dengan allah,
 kenapa kamu cuai, kamu tidak melaksanakan tangjawab kamu dengan baik!
 Rasanya masa tu boleh tak kalau saya bagi jawapan ni
“Minta maaf lah, saya dulu malas study, saya tak ingat penyakit ini. Dah lupa!”


Sementara Allah beri masa, beri waktu, beri kesempatan untuk kita ubah dan betulkan diri ini, ambillah. Luruskan yang mana bengkok, lembutkan yang mana keras, betulkan yang mana salah. Jangan nanti menyesal dikemudian hari. Belajar kerana Allah itu adalah ibadah!
Hidup bermasyarakat juga penting, jangan pada musim peperiksaan semua hanya berkurung di bilik. Jangan jadi seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Sentiasa berkomunikasi, jaga hubungan dengan sahabat. Adakalanya,apabila kita bersedih, putus asa merekalah tempat kita mengadu. Kalau kita mumtaz sorang-sorang pun tak seronok juga!

Majlis apresiasi Graduasi senior2 terdahulu,rasanya mereka hampir menamatkan H/O


Selalu berfikiran positif. Ayah saya selalu berpesan, kita mesti rajin. Kalau anak cina boleh rajin belajar, anak bangsa lain pun mesti rajin. Selepas ini, bolehlah hari-hari sebut saya mesti rajin. Bukankah kata-kata itu 1 doa?

“Even if you are on the right track, you will get run over if you just sit there”

Buatlah perancangan dari sekarang, masih ada waktu. Anda masih berkesempatan. Yang penting bermula hari ini, anda mesti melakukan sesuatu pembaharuan walaupun ia hanya sedikit. 

“Before starting with any plan or action, visualize clearly in your mind its successful outcome. If you visualize with concentration and faith, you will be amazed at the results”

Tak kisahlah study last minutes pun, asalkan kita study. Tetapi lebaih baik jika study awal-awal. Jangan berfikir untuk menggunakan jalan pintas dengan meniru, ditiru atau tertiru. Sebenarnya tiada jalan pintas untuk berjaya, tidak ada keberkatan dalam hidup kita nanti

“Failing to plan is planning to fail”

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Akhir kata, jangan hanya impikan untuk menjadi seorang doktor islam, tetapi impikan untuk menjadi doktor islam yang paling cemerlang. Dalam berjuta-juta sperms yang datang untuk disenyawakan dengan ovum, hanya 1 sahaja yang berjaya iaitu diri kita. Betapa isitimewanya diri kita, betapa telitinya ciptaan Allah.


Kita adalah pelajar, jadi belajar dan terus belajar. Memang tidak dinafikan ada individu yang Allah beri tangungjawab lain yang harus dipikulnya. Jadi, anda harus bijak membahagikan masa. Anda adalah role model kepada kami. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Berusaha bersungguh-sungguh dan bertawakallah pada Allah dengan sebenar-benarnya nescaya Allah akan berikan keputusan yang terbaik untuk kita. Ketika itu akan terasa manisnya tawakal, akan terasa indahnya apabila 100% pergantungan hanya pada Allah.  Sentiasa bersangka baik dengan Allah, redha dengan segala ujian yang menimpa. Apabila semuanya kerana Allah, tiada lagi istilah penat, malas, dan jemu.

“Kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.” [Ali ‘Imran, 159]

Selamat menghadapi peperiksaan, daripada kami semua senior tahun 6. Ingat semua harapan ibu dan ayah kita, ingat semua pengorbanan mereka. Semoga kalian dipermudahkan segala urusan dan berjaya. Amin~

 
“One secret of success in life is for a man to be ready for his opportunity when it comes”

~Ilmu adalah harta kita~
kay
 [150112, 11.13 a.m]