Saya ditanya oleh dura seandainya ada
apa-apa yang ingin dikongsikan di dalam blog ini. Hati sangat berkeinginan,
tapi minda masih lesu tidak mampu diproses untuk mencurahkan idea. Saya akui
saya sudah kehilangan bisa dalam bidang penulisan blog.
Lama saya merenung memikirkan apakah topik
yang sesuai dikongsikan bersama. Akhirnya peristiwa petang itu secara tidak
langsung telah menggerakkan jemari ini untuk kembali beraksi.
Anatomy
oh anatomy
Petang itu, ‘beliau’ bercerita dengan saya
bersama wajah penuh kesal dan kecewa. Museum anatomy menjadi saksi semuanya.
Bukan sekali dua telinga ini diperdengarkan dengan cerita sedemikian, malah
saya kira saban tahun, scenery
seperti itu seakan sudah menjadi adat kebiasaan yang tidak lagi dipandang
songsang meski hakikatnya jengkel dari pandangan agama.
1.
Lelaki dan
perempuan bergabung untuk melihat jar yang sama. Jarak lelaki dan perempuan
yang sangat dekat yg hanya dibezakan 2, 3 inci sahaja.
2.
Lelaki dan
perempuan duduk bersebelahan kononnya berdiskusi pelajaran
3.
Lelaki dan
perempuan bergurau senda sesama mereka. Entah apa yang melucukan
Ya..bukan di museum anatomy sahaja scenery sebegini berlaku. Kini,situasi
kritikal ini mudah menerjah ruang pandangan kita jika berada di sekitar
university.
Oh adik-adikku yang sudah tidak segan silu
berjalan berduaan. Sudah tiada malu bertepuk tampar sesama kamu. Sudah tidak
kekok bergurau senda tertawa ria bersama.
Rojak
dan koktail
Tahukah kalian tentang hukum percampuran
lelaki dan perempuan yg bukan mahram??
Banyak perbahasan mengenai “ikhtilat” yang
boleh ditanyakan kepada pakar-pakar agama ataupun boleh dibaca dari banyak
sumber yang sohih. Bukan niat saya untuk menghuraikannya di sini.
Islam mengawal bukan langsung tidak
membenarkan. Tetapi,sekadar kawalan agar anda tidak terbabas ke jalan kehinaan.
Jalan yang telah dirasmikan oleh musuh utama manusia bernama syaitan.
“islam itu mudah..tapi jangan
dipermudahkan”
Boleh dibaca di sini :
Aku tanpa ikhtilat
Apa sebenarnya maksud Ikhtilat?
atau jika anda malas membaca..saya SERU anda sekalian mendengarkan ini:
“Allah
itu Maha Besar..Allah telah menciptakan manusia dengan manual yang sgt hebat..
maka Allah yang Maha Mengetahui penggunaan manual yang sebenarnya, jika
tersalah penggunaannya..maka berlakulah perkara yang tidak seharusnya berlaku..seperti
bantatnya kek kerana tidak mengikut resepi yang sebetulnya”
Mudahnya, saya mengkategorikan pengamal
ikhtilat tanpa keperluan syariat ini kepada 4:
1. tiada ilmu tentang batas-batas pergaulan.
2. Sudah mengetahui, namun belum memahami.
3. Sudah memahami, namun tidak mahu mengamalkan.
4. Sudah mencuba untuk mengamalkan, namun
tergelincir kerana lalai.
Kadangkala saya terfikir..menuntut ilmu merupakan
suatu kemuliaan, tetapi mahasiswa-mahasiswi yang berikhtilat tidak syarie ini
telah mencacatkan kemuliaan itu dengan perkara-perkara sumbang. Di manakah
keberkatan dari kemuliaan ilmu itu??
Mereka
memerlukanmu
Dialog ‘beliau’ petang itu saya patahkan
dengan pertanyaan :
‘‘so,
kamu buat apalah tengok suasana macam tu?’’
Dan jawapan yg diberikan menambah kekaguman
saya pada beliau. Menegur dan memberi notis antara usaha yang mampu
menyelamatkan beliau dari pertanyaan Allah kelak di akhirat. Kerana Allah tidak
bertanyakan hasilnya, namun usahamu yang akan dipersoalkan..
Jadi.. kepada kita yang sudah memahami
hukum, kita berperanan besar untuk mengubah pemandangan yang menjengkelkan ini
kepada keadaan semualajadinya.
Boleh jadi mereka tidak pernah tahu hukum sebenar
percampuran lelaki dan perempuan tanpa tujuan syara’..boleh jadi juga mereka
belum faham sepenuhnya hakikat pergaulan anjuran Islam..boleh jadi mereka sudah
lama tidak diperingatkan mengenai anak panah syaiton yang cuba memancing anak
adam untuk terus lalai dan tergelincir dari kesucian.
“Sesiapa di kalangan kamu yang melihat
kemungkaran hendaklah dia mencegahnya dengan tangan, siapa yang tidak mampu,
cegahlah dengan lidahnya dan siapa tidak mampu dengan lidahnya, cegahlah dengan
hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman” .
(Riwayat Muslim)
Oleh sebab itu..mainkan perananmu wahai
daie.. saya tahu di luar sana ramai yang membenci dalam hati melihatkan
pemandangan yang sebegini. Dan saya positif anda sebenarnya belum menjumpai
kekuatan untuk mengubah kemungkaran dengan lisan..
Maka..carilah sumber kekuatanmu..jika tiada
kekuatan jika berseorangan, bekerjalah secara berkumpulan. Andai celaan
daripada mereka yang kalian takutkan, ingatlah janji Allah bahawasanya tiada
kemanisan dalam memperjuangkan ISLAM..jadi, jangan mudah gentar dan goyah
kerana Allah bersamamu..
Aimjannah,
Tahun 6 Kuliah Perubatan,
Uni. Zagazig.
2330,27 April 2012