KUALA LUMPUR – Seramai 19,337 penduduk Malaysia dilaporkan mengalami penyakit batuk kering atau Tuber kulosis (Tibi) sepanjang tahun lalu.
Justeru, Kementerian Kesihatan mengesa mereka yang mengalami tanda-tanda penyakit berkenaan seperti batuk, demam, susut berat badan dan berpeluh pada waktu malam supaya melakukan pemeriksaan kesihatan segera.
Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, masyarakat perlu berwaspada terhadap penyakit itu kerana Tibi merupakan penyumbang kejadian penyakit berjangkit dan penyebab utama kematian di seluruh dunia.
“Oleh itu mana-mana individu yang mempunyai satu daripada tanda-tanda tersebut mempunyai risiko tinggi menghidap penyakit perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan.
“Mereka yang mengidap kencing manis, perokok dan gemar mengambil alkohol secara berlebihan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan ini,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Tiong Lai berkata, tindakan segera membuat pemeriksaan amat penting supaya rawatan awal dapat dimulakan sekali gus mencegah jangkitan itu merebak dan mana-mana individu yang menjalani rawatan perlu mematuhi arahan rawatan dalam tempoh enam hingga lapan bulan.
Dalam pada itu, katanya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia melaporkan terdapat 9 juta kes baru jenis berjangkit di seluruh dunia dan sekurang-kurangnya 4,700 kes kematian akibat Tibi dilaporkan pada setiap hari.
Menurutnya, dianggarkan lebih 2 bilion penduduk dunia di jangkiti kuman Tibi menyebabkan Pertubuhan Ke sihatan Sedunia menegaskan supaya semua pesakit Tibi perlu menjalani pemeriksaan HIV dan mendapat rawatan yang sewajarnya.
Dipetik daripada : mynewshub
No comments:
Post a Comment