Alhamdulillah..
Selesai hari kedua clinical paediatric round exam..bermula semalam di mana 45 minit diperuntukkan khususan untuk IMCI “Integrated Management Of Childhood Illness”
IMCI |
Hari ini seawal jam 8.30pg kami telah memenuhi ruang tingkat 5 Paediatric Department, Hospital Salam Sadnawi..Berhari-hari kami bermesraan dengan buku-buku ini..namun hanya 1 jam diperlukan bagi menjawab 20 soalan MCQ dan 10 Slides..Qulilhamdulillah..kami bertawakal hanya pdMu Allah atas segala yang kami usahakan..
Firman Allah yang bermaksud:
Kemudian, apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah.
Surah Ali Imran : 159
antara yang asyik menelaah |
“only 20 minutes to answer MCQ”
lantang Prof Mohamed Badr selaku Head of Paediatrics Department bersuara sebelum kertas soalan diberikan..
“but u only need 10 minutes for that” sambung beliau..
saya tertanya-tanya.. "mudah sgt ke soalannye??”
Kertas soalan di genggaman..ya Allah..no wonder hanya 10minit sahaja diperlukan..kesemua soalan mirip dalam buku MCQ, Zagazig University..kemudian 10 slides dipancarkan kepada kami..setiap slide ada soalan sisipan yang perlu dijawab..sekali lagi..Qulilhamdulillah..setiap pictures yang tersiar mirip kesemuanya seperti di dalam buku Mastermind in Pediatric Case..dari X-Ray slide sehingga slide reflex yg terakhir..kesemuanya mirip..cuma mugkin soalan sisipan agak berbeza..
~buku azimat~ |
Ada yang bernasib baik telah menghadamkan kedua-dua buku tersebut..namun ada juga yang hanya sekilas pandang menelaahnya..apa pun, ilmu bukan lah hanya pada buku..:)
Lot of thanks to all my paediatric lecturers! Saya amat mengagumi anda semua..mengapa??kerana tiada seorang pun dari lecturer kami yang memberitahu kami untuk mengkhatamkan kedua buku tersebut..Alhamdulillah..jika ada seorang di antara lecturer yg memberitahu rahsia ini..pasti USAHA kami tidaklah SEHEBAT ini..hafal sahaja kedua buku tersebut..insyaAllah full mark..tapi ia tidak berlaku pada kami..kerana apa??
Kerana mereka tidak mahu kami menjadi DOCTOR BUKU sahaja..yg ilmunya limit untuk exam semata-mata.. hakikatnya tugas kami lebih dari itu..
“our real examination is in front of our patient as a servant of the community”
doctors to be tp mereka bukan doktor buku |
Firman Allah yang bermaksud:
Dan sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya; dan sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada Hari Kiamat kelak); kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna.
Surah Al Najm: 39-41
Jadi..pilihan di tangan anda..kamu bebas memilih untuk mencapai sesuatu atas usahamu sendiri atau hanya membuka mulut seluasnya menanti suapan yang entah bila kan kunjung tiba..andai suapan itu mencukupi, maka kenyanglah perutmu..andai sebaliknya maka kamu hanya akan terbiar kelaparan..
Doakan kami untuk imtihan yang berbaki..moga bernilai di sisiNYA..
Oleh :
Aimjannah
5th year medical student
Zagazig University of Egypt
5 Jun 2011-1.54pm
No comments:
Post a Comment