Wednesday, February 15, 2012

Mahasiswa,Kampus dan Negara


Selepas melihat gambar ini,pasti terdetik dalam fikiran sebahagian besar daripada kita tentang kisah turun bendera,AUKU,pembebasan akademik dan lain-lain kalimah yang merujuk kepada kebangkitan mahasiswa.Mungkin ada yang tersenyum setelah dia dikenakan hukuman akibat tindakannya itu.Mungkin juga ada yang tidak terdetik sesuatu pun.Mungkin itu,mungkin ini.
Kisah Adam Adli dan rakan-rakannya (saya taknak bercerita,bole tanya cik Google) kini telah mewujudkan satu fenomena baru dalam ruang hidup masyarakat kampus.Namun sebenarnya kata ‘baru’ yang saya catatkan itu sebenarnya tidaklah baru mana.Hal ini kerana kebangkitan mahasiswa yang berlaku ini adalah simbolik kepada kelahiran semula roh-roh perjuangan mahasiswa pada zaman 60-70an dahulu.Saya membayangkan kebangkitan ini akan berterusan sehingga matlamatnya menjadi sempurna.

Saya tahu,ramai yang seperti saya.Berfikir-fikir mengapa mereka bersungguh-sungguh berjuang ke atas hak kebebasan mahasiswa?Adakah AUKU itu wajar dimansuhkan?Dan apa peranan kita sebagai mahasiswa dalam menghadapi isu seperti ini?

Kan lebih mudah jika kita fokus pada pelajaran dan membiarkan saja golongan ini terus berjuang di atas satu survival yang tidak kukuh itu? Owh…

Mahasiswa dikenali sebagai pelajar yang menuntut di universiti.Sudah tentu golongan yang belajar di universiti ini diharapkan lahir sebagai seorang yang berintelek dan mampu meletakkan diri samada dalam lapangan perubatan, ekonomi, agama, sosial, budaya dan lain-lain.Mahasiswa juga seharusnya mampu memberi respon pada  isu politik yang menjadi warna kehidupan.

Owh,politik.Ini sudah sensitif!

Jangan sensitif dulu. 

Politik berkait dengan isu negara,isu rakyat dan isu semasa.Jadi secara langsung mahasiswa juga adalah sebahagian daripada rakyat dalam sesuatu negara yang dihadapkan dengan berbagai isu semasa.Apabila dikenali sebagai golongan yang berpengetahuan kita harus tahu memberi respon kepada isu-isu ini walaupun dengan maklumat yang minimum.Once said “We have to know something about everything”.

Takkanlah ketika orang bercakap tentang kebangkitan mahasiswa,kita mahu ngaga saja?Betul juga.
Mahasiswa adalah agen penting dalam menentukan arah masa depan negara di semua medan.Mahasiswa tugasnya mengeluarkan pendapat.Lalu pendapat dan idealisme ini tidak harus dihalang.Jika salah diperbetulkan.Kita sedang melalui satu proses kesedaran.Kesedaran politik,kesedaran agama,kesedaran sosial,kesedaran budaya dan sebagainya.

Bagaimana jika kesedaran ini dihalang?Di mana tempat kita setelah tamat belajar kelak jika tak mampu membahaskan pelbagai isu?Dengan alasan ketika zaman universiti dahulu kami tidak dilatih untuk terlibat dengan hal-hal kenegaraan.Ini sesuatu yang malang dan amat merugikan.

Solusinya,sesuatu harus dilakukan.Sebagai mahasiswa kita bukan hanya memfokuskan hanya pada satu perkara sahaja.Juga bukan membiarkan diri hanyut dalam keseronokan dunia remaja.Jangan biarkan minda tumpul daya fikir dan tandus kemampuan berdikari.Di samping memperjuangkan kecemerlangan akademik,serahkan diri dalam lapangan perjuangan menegakkan kebenaran.Sertai persatuan dan belajar semaksima ilmu di dalamnya.

Ketika itu,kita sudah tentu nampak tempat kita di Malaysia kelak.

Bukan mengata,bukan menghukum tetapi cuba betuli diri ini jua~

Nukilan oleh :
 Husna johari
Salam Sadnawi,Zagazig
2200
12 Feb 2012